Jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya Projek_IC

Inkuiri Februari 1997 oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum. PSC ketika itu diketuai oleh Dr Bernard Dompok .Tetapi pada 16 Februari 2007, Bernard Dompok meletak jawatan sebagai pengerusi atas perbezaan pendapat mengenai fungsi dan skop jawatankuasa itu khususnya keengganan pegawai JPN untuk hadir.Dapatan jawatankuasa itu tidak pernah diumumkan kepada orang ramai.[10]

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan berhubung Projek IC itu.

Pada 25 November 2011, Jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya telah mengadakan sesi kedua pendengaran awam di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu.Panel PSC dipengerusi oleh Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili.Turut hadir ialah wakil parti seperti Upko, LDP dan PBS (parti pemerintah, Barisan Nasional) dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Pembangkang mencadangkan :

  1. Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hendaklah ditubuhkan bagi menyelesaikan 'Projek IC' ini.